Rabu, 7 Mac 2012

Laptop Sudah Kena Rompak......!

Salam. Maaf sebab cikgu tak dapat tunaikan janji cikgu untuk aktifkan blog pada tahun ini..... sebabnya... rumah cikgu kena rompak lagi. Semua laptop even my external hard diskpun kena rembat. Jadi maaflah. Cikgu kena buat semula semua kerja-kerja cikgu. Jawapan modulpun semuanya dah hilang. Kerja cikgu yang lima tahun hilang begitu sahaja. Cikgu doakan orang yang kerjanya asyik mencuri dan merompak ni supaya diberi hidayah oleh Allah. Berhentilah hidup menyusahkan orang lain.External hard disk itu harganya kalau jualpun dapat berapa sen sangat tapi nilai kerja yang ada dalam hard disk tu..... Kepada sesiapa yang suka beli barang-barang curi sebab harganya yang murah tu... berhentilah buat kerja yang sebegitu. Nanti kalau barang kita kena rembat baru kita rasa sakitnya hati. Apa-apapun cikgu berfikiran positif. Cikgu percaya Allah nak bagi cikgu sesuatu yang lebih besar pada masa hadapan. Sebab tu awal-awal lagi Allah dah try cikgu sama ada redha ataupun tidak. Kepada semua yang menggunakan modul cikgu, cikgu akan cuba sedaya upaya untuk memberikan jawapan melalui blog ini w/pun terpaksa buat yang baru.