Khamis, 5 Januari 2012

SELAMAT TAHUN BARU

Assalamualaikum dan selamat tahun baru.
Bertemu lagi kita pada tahun ini. Bersempena dengan tahun baru ini, tahun 2012 bermakna umur kita telah bertambah. Murid tingkatan 4 pada tahun 2011 telah menjadi Tingkatan 5 pada tahun ini. Dengan ini bermaksud anda telah menjadi lebih dewasa dengan umur 17 tahun. Diharapkan pertambahan umur menambahkan kematangan anda berfikir disamping kematangan tingkah laku. Kebijaksanaan bukan terletak kepada tahap pendidikan anda tetapi berdasarkan keupayaan anda melakukan analisa dan membuat keputusan yang tepat. Jika anda hanya cemerlang dalam pelajaran dan berjaya mencapai berbagai ijazah bermakna anda adalah pandai. Oleh itu pada tahun 2012 ini amatlah diharapkan agar kita akan lebih pandai dan bijak dalam menghadapi dan menangani kehidupan yang semakin mencabar di alaf 21 ini. Terima kasih, arigato, shukran... cario....