Rabu, 23 Mei 2012

JAWAPAN PEPERIKSAAN SEJARAH PERTENGAHAN TAHUN T 5.


KERTAS 2

(40 markah)

Bahagian A

1.         Tamadun Hwang Ho memberikan sumbangan yang besar dalam peradaban manusia.
(a)        Nyatakan fungsi tulang oracle yang digunakan oleh masyarakat Tamadun Hwang Ho.
                 Meramal sesuatu keadaan
                                                                                                                    (1 markah)
(b) Apakah kesan penggunaan tulang oracle dalam kehidupan masyarakat tamadun ini?

      (i) Membolehkan golongan bomoh meramal/menilik sesuatu keadaan.
      (ii) Menimbulkan idea untuk mencipta tulisan.
(iii) Tulisan dinamakan ideogram.                                                        (2 markah)
(c) Nyatakan dua pencapaian masyarakat tamadun ini dalam bidang pertanian.
(i) Membina system pengairan
(ii) Terusan dibina utk mengelakkan banjir
(iii) Kemajuan dlm teknologi pembajakan
(iv) Mencipta cangkul dan sabit
(v) Mula menggunakan batas utk tujuan penanaman
(vi) Menggantikan alat pertanian daripada kayu kepada besi.
                                                                                                                  (2 markah)
(d)  Senaraikan dua amalan kepercayaan masyarakat tamadun ini yang masih berkekalan      
       sehingga hari ini?
       (i)pemujaan roh nenek moyang
       (ii) Konsep Yin dan Yang
      (iii) Konsep Feng Hsui                                                                          (2 markah)

(e) Sebagai rakyat Malaysia yang mengamalkan Rukun Negara, mengapakah pada  pendapat   
     anda semua manusia perlu mempunyai agama?                                         (3 markah)
(i)Manusia mempunyai panduan hidup
(ii) Hidup mempunyai peraturan
(iii) Supaya manusia tidak sesat dalam mencari arah hidup
(iv) Supaya manusia berkelakuan baik
*Terima apa-apa jawapan calon yang miunasabah.

2.      Masyarakat Asia Tenggara mula menerima dan mengamalkan pengaruh kebudayaan kerajaan India mulai abad ketiga.
(a)    Nyatakan dua cara pengaruh Hindu dan Buddha sampai ke Asia Tenggara. ( 2markah)
(i)                 Melalui vaisya (pedagang)
(ii)               Melaui kesyatria (tentera)
(iii)             Melalui Brahmin (pendeta)
(iv)             Melalui adat kebudayaan Hindu yang menarik minat rakyat Asia.
b)      Apakah bukti kesan kedatangan pengaruh Hindu Buddha pada  sistem pentadbiran beraja di Asia Tenggara. (2 markah)
(i)                 Gelaran raja mula digunakan
(ii)               Raja dipuncak pemerintahan
(iii)             Raja berkuasa mutlak.
(iv)             Perintah raja menjadi undang-undang
(v)               Lahirnya konsep dewa-raja
(vi)             Istiadat pertabalan diraja diwujudkan
(vii)           Raja mendirikan kompleks kota /  orde kosmos
c)      Nyatakan kepentingan unsur mitos dan legenda kepada seseorang raja.  (1 markah)
i)                    Memperkuatkan kedudukan raja
ii)                  Meningkatkan status raja
d)     Nyatakan peranan golongan Brahmin dalam institusi beraja kerajaan awal. ( 2markah)
i)                    Memimpin istiadat pertabalan raja
ii)                  Memainkan peranan dalam upacara agama
e)      Sebagai rakyat Malaysia, bagaimanakah anda boleh memperkukuhkan sistem pemerintahan beraja di negara ini. (3 markah).

i)                    Menghayati/ mengamalkan prinsip Rukun Negara yang kedua.
ii)                  Tidak melanggar undang-undang Negara.
iii)                Tidak menulis/ menyebarkan sebarang artikel/ bahan yang menghina institusi raja.
iv)                Tidak menghina/mencerca institusi raja secara terbuka / dlm media.
*Terima apa-apa jawapan yang munasabah.
Gerakan Pan-Islamisme sedunia telah membawa kepada wujudnya Gerakan Islah di Tanah Melayu sekitar tahun 1930-an.
 
3.      (a) Apakah maksud Gerakan Islah?                                           (1 markah)
Gerakan yang mendorong masyarakat Melayu suapaya membetulkan pandangan mereka terhadap Islam.
(b) Namakan dua majalah dan akhbar yang menjadi saluran Gerakan Islah? (2 markah)
i)          Neracha
ii)         Pengasuh
iii)                Idaran Zaman
iv)                Al-Imam
 (c) Nyatakan idea yang diperjuangkan oleh Gerakan Islah?     (2 markah)

i)          Menjana ajaran Islam dari sudut kemajuan dunia.
ii)         Memajukan ekonomi, pendidikan, politi dan social.
iii)                Menyematkan sikap mengkritikpenjajah
iv)                Mengkritik raja dan pembesar Melayu kerana gagal memajukan orang Melayu.
v)                  Menggalakkan pendidikan utk anak perempuan.
vi)                Memberi pendidikan ilmu dunia spt Ilmu Hisab dan B. Inggeris.
d) Apakah cabaran yang dihadapi oleh Gerakan Islah dalam menyampaikan idea mereka.
                                                                                                          ( 2 markah)
i)                    Tentangan dari Kaum Tua / alim ulama
ii)                  Undang-undang di Negeri-negeri Melayu yg mengalang pengaruh Kaum Muda.
iii)                Kegiatan dakwah di Negeri2 Melayu mesti mendapat kebenaran Sultan
iv)                Risalah dan buku Kum Muda juga dilarang dibawa masuk ke Ng2.Melayu.
v)                  Sikap orang melayu yang tidak mahu berubah/ telah sebati dengan ajaran Kaum Tua.
e) Sebagai pemimpin negara, bagaimanakah anda boleh meningkatkan minda masyarakat 
    Malaysia?                                                                                        (3 markah)
i.)                  Menubuhkan lebih banyak sekolah.
ii.)                Mengadakan kempen tentang kepentingan ilmu pengetahuan/ pendidikan.
iii.)              Membina lebih banyak perpustakaan di desa/ taman.
iv)              Memberikan jaringan internet secara percuma kpd semua rumah/kwasan.
v.)                Menurunkan harga buku.
vi.)              Mengadakan kelas-kelas ilmu terkini secara percuma.
*Terima apa-apa jawapan yang munsabah.

4.      Jadual di bawah adalah berkaitan Suruhanjaya Reid.

Tahun
Peristiwa
Mac 1956
Suruhanjaya Reid
Ogos 1957
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

a)      Apakah tujuan pembentukan Suruhanjaya Reid?                         ( 1 markah)
Membincang dan menyusun perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu ayng merdeka.
b)      Berikan dua orang tokoh yang menganggotai Suruhajaya Reid.      (2 markah)
i)                    Lord Reid
ii)                  Sir Ivor Jennings
iii)                Sir William McKell
iv)                Tuan B. Malik
v)                  Tuan Abdul Hamid.
(c)  Nyatakan tiga isu yang menjadi panduan kepada Suruhanjaya Reid dalam     
       melaksanakan tugas.                                                                       (3 markah)
i)                    Pembentukan sebuah kerajaan persekutuan yang kuat
ii)                  Pemberian kuasa autonomi kpd kerajaan negeri
iii)                Kedudukan raja-raja Melayu
iv)                Hak istemewa orang Melayu
v)                  Kerakyatan
vi)                Agama Islam sebagai agama rasmi
vii)              Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
b)      Mengapakah Raja-raja Melayu dapat menerima kerakyatan Jus Soli?  (1 markah)
Orang bukan Melayu mengiktiraf kedudukan istemewa orang Melayu dlm perlembagaan PTM
c)      Pada pendapat anda, bagaimanakah Perlembagaan Malaysia dapat memperkukuhkan perpaduan dan keamanan di negara kita?                                             (3 markah)
i)                    Hak setiap rakyat terjamin
      ii)                    Perlembagaan mewujudkan perpaduan yg jitu antara kaum.
     iii)                  Pemberian hak mutlak kpd penduduk tempatan utk mentadbir sebuah Negara.
     iv)                Setiap kaum berusaha melahirkan identity masyarakat yg merdeka.
       v)                Undang-undang yang sama bagi stiap orang tanpa mengira kaum dan agama.
*Terima apa-apa jawapan murid yang munasabah 
BAHAGIAN B

(60 markah)

JAWAB TIGA (3) SOALAN SAHAJA.
5.      Pendidikan merupakan aspek sosial yang sangat penting dalam masyarakat Melayu.
(a)    Huraikan pendidikan tidak formal yang telah diamalkan oleh masyarakat Melayu sebelum kedatangan Islam.                                                       (8 markah)

F1
F2
F3
F4
F5
F6
H6(i)
F9
F10
F11
H1
F12
F13
F14
H14

H
F15

H15
F16
H16.

Pendidikan awal atau asuhan dlm institusi keluarga.
Berlaku pada peringkat keluarga
Penekanan terhadap pengajaran nilai-nilai moral serta pengajaran
Melalui pendengaran, penglihatan dan pemerhatian.
Kanak-kanak mempelajri kemahiran drp ibubapanya
Menerusi pemerhatian dan latihan
Seperti dlm bidang pertanian, perikanan, kraf tangan atau pertukangan
Ibu bapa jg menajar anak2 ttg hal yang berhubungan agama/ kelakuan/ adat resam/ sikap sopan santun / cara berkawan / menjaga maruah.
Nilai budaya yg murni diserapkan melalui cerita lisan
Spt dlm cerita binatang / jenaka.
Kaedah bercerita merupakan kaedah paling berkesan
Dan digemari kanak-kanak.
Cerita berbentuk teladan dan pengajaran diberi penekanan.
Ini termasuklah Cerita Anjing Dengan Bayang-bayang yg memberikan gambaran agar tidak terlalu tamak.
Cerita Sang Kancil yg menekankan kepada kebijaksaan.
Kanak-kanak turut mempelajari pantang larang  dan adat-sitiadat social.
Mereka dinasihatkan agar tunduk apabila lalu di hadapan orang.
Pendidikan juga diajar menerusi pantun.
Mengajar agar kanak2 berkelakuan baik dan tidak mencuri.





(b)   Bagaimanakah kedatangan Islam membawa perubahan dalam pendidikan di Tanah Melayu.                                                                                         (7 markah)

F1
F2
F3
F4
F5
F5
F6
F7
F8
F9
F10
F11
F12
F13
F15
F16

F17
F18
F19
F20
F21
F21
F22
F23
F24
F25
F26
F27
F28
F29
Membuka lembaran baru dalam bidang pendidikan
Pendidikan formal berkmbang pesat
Pendidikan tidak terhad kepada golongan atasan semata-mata.
Semua golongan sudah terlibat
Menekankan keagamaan
Dilaksanakan di beberpa tempat spt istana/ masjid/ rumah / surau/ madrasah/ pondok
Pendidikan di rumah member penekanan kpd pengajaran al-Quran.
Pengajian biasanya dilalukan di rumah guru al-Quran (tok guru)
Murid-muridnya adalah kanak-kanak berumur tujuh hingga 15 thn.
Pengjaran ini menjadi asas kpd pendidikan selanjutnya.
Istana terus menjadi pusat pengajian Islam.
Sultan Mansur Shah menerima pengajaran Islam drp Maulana Abu Bakar.
Ramai pendakwah /ulama asing menetap di Melaka.
Istana juga menjadi tempat menyimpan buku hikayat ptg spt Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Ali Hanafiah.
Pendidikan formal juga dijalankan di surau dan masjid.
Kanak-kanak akan diajar ilmu yang formal spt fikah, tajwid, cara dan bacaan sembahyang/ perkara-perkara ptg yag perlu diketahui oleh orang Islam.
Pd sebelah malam, surau atau masjid menjadi pusat pengajian orang dewasa.
Kandungan pengajian masih merangkumi ilmu fikah/usuludin/hadis/tasawuf/ dsb.
Tetapi tahapnya lebih tinggi
Sistem pendidikan lebih teratur ialah pendidikan pondok.
Menekankan ilmu keagaamaan.
Menyediakan pelajarnya utk bertugas sebagai guru agama atau berkhidmat kpd masyarakat.
Meluas di negeri Kedah/Kelantan/Terengganu/Perlis/Pattani
Sistem ini tidak mempunyai batasan waktu
Pelajar mengambil masa yg agak panjang hingga 10 tahun
Sistem madrasah berdasarkan sukatan pelajaran
Dilaksanakan secara kelas
Pendidikannya mengikut tahap iaitu tahap permulaan, pertengahan dan terdapat pengkhususan.
Diawasi oleh mudir
Diselia oleh sebuah lembaga/ jk kewangan dll.


(c)    Sebagai warga negara yang prihatin, bagaimanakah anda dapat membantu meningkatkan mutu pendidikan rakyat Malaysia.                                 (5 markah)

F1
F2
F3
F4
F5
F6
F7
Mengadakan kempen tentang pendidikan masa kini
Menyertai NGO yg terlibat dengan pendidikan
Memberi pandangan kpd KPM tentang pendidikan yang terkini.
Membuat kertas kerja/cadangan tentang pendidikan yang terkini.
Menulis buku/ artikel/ blog tentang subjek terkini
Melatih guru/pendidik tentang penggunaan peralatan pendidikan terkini.
Meminta kerajaan mengadakan kursus yg berterusan kpd warga pendidik

·         Terima jawpan murid yg munasabah


Zaman Gelap berlaku di Eropah selepas kejatuhan Empayar Rom  Barat antara tahun 476 M hingga 1050 M


6.(a)        Apakah ciri-ciri Zaman Gelap di Eropah?                                   (7 markah)

F1
F2
F3
F4
F5
F6
F7
F8
F9
F10
F11
F12
F13
F14
F15
F16
F17
F18
F19
Berlaku kemerosotan dlm bidang ilmu
Kehidupan di Bandar mengalami kemerosotan
Kemerosotan dlm pdgg akibat serangan orang Viking dan Magyar
Tidak wujud pentadbiran pusat yg kukuh dan berkesan
Ekonomi dan kihidupan masyarakat merosot.
Kehidupan kacau bilau membawa kemunculan gol baron
Petani terpaksa mencari perlindungan dr tuan tanah.
Petani terpaksa membayar cukai kpd tuan tanah.
Petani yg t idak mampu membayar cukai akan menyerahkan tanah kpd tuan tanah dan menjad hamba.
Baron mendapat perlindungan drp raja.
Baron membayar cukai kpd raja
Munculnya system feudal
Gereja Katholik merupakan institusi yg amat berkuasa.
Institusi gereja memilik harta yg banyak
Gereja member penekanan kpd ilmu akhirat dan kegiatan amalan agama sahaja.
Kehidupan masyarakat Eropah dikonkong oleh gereja
Mereka terpaksa menumpukan kegiatan ekonomi kpd sector pertanian
Perniagaan brgan pertanian menerusi system tukaran brg
Penggunaan mata wang dlm perniagaan pertanian terhad



(b)        Zaman Peralihan dari Zaman Gelap ke Zaman Renaissance dikenali sebagai Zaman Kemuncak Pertengahan (1050M – 1300M). Terangkan perubahan yang berlaku pada Zaman Kemuncak Pertengahan ini.                                                  (7 markah)

F1
F2
F3
F4
F5
F6
F7
F8
F9
F10
F11
F12
F13
F15
Gereja memainkan peranannya sebagai institusi yg universal
Gereja menjadi ejen penyatuan
Berlaku perubahan ekonomi yg ketara
Pertambahan penduduk
Peningkatan aktiviti pertanian
Kemunculan perdagangan
Kemunculan Bandar besar spt Milan, Venice dan Florence
Lahir kelas pertengahan
Yg terdiri drp artisan/pedagang/ahli perbankan
Status social seseorang berasaskan kekayaan
Rakyat mula terlibat dgn politik
Parlimen diwujudkan bg memenuhi tuntutan rakyat
Memberikan hak politik kpd rakyat
Menjalin hbg rakyat dgn pemerintah


(b)   Sebagai pemimpin Malaysia yang berwawasan, bagaimanakah anda dapat memastikan bahawa Malaysia tidak akan mengalami “Zaman Gelap”.                            (6 markah)

F1
F2
F3
F4
F5
F6
F7
F8
F9
F10
Memastikan semua rakyat Malaysia mendapat pendidikan
Memastikan politik Malysia sentiasa stabil
Memastikan ekonomi Malaysia sentiasa berkembang pesat
Memastikan pentadbiran kerajaan pusat sentiasa kukuh
Memajukan industri dan perniagaan di Malaysia berkembang
Memajukan pendidikan di Malaysia
Memastikan keselamatan Malaysia sentiasa terjaga
Memastikan pemimpin Malysia terdiri drp gol yg berwawasan
Menetapkan/ mengadakan satu garis panduan ttg kemajuan Malaysia.
Memastikan perlembagaan Negara sentiasa dipatuhi/ikuti

·         Terima semua jawapan murid yg munasabah


7.      Gerakan nasionalisme yang berlaku di Asia Tenggara boleh dibahagikan kepada dua tahap iaitu tahap pertama dan tahap kedua.

(a)    Terangkan tentang gerakan nasionalisme tahap pertama dan nasionalisme tahap kedua di Asia Tenggara.                                                                                      (7 markah)

F1
F2
F3
F4
F5
F6
F7
F8
F9
F10
F11
F12
F13
F14
Tahap Pertama
Penentangan secara terbuka.
Tidak berorganisasi
Bersifat setempat
Isu kebudayaan, agamadan hak peribumi
Dipimpin oleh gol pertengahan yg berpendidikan Barat dan Asia Barat
Menekankan kesedaran politik dari tindakan politik
Menuntut spy hak mereka dikembalikan dan kehidupan dibaiki
Tidak meminta kemerdekaan dgn segera
Perjuangan lebih radikal
Berorganisasi
Dipimpin oleh gol berpendidikan serta berpengetahuan luas dlm kebudayaaan dan ilmu Barat
Mereka menyedari perubahan yg diperkenalkan dan kesan terhadap bangsa dan Negara mereka.
Menuntut kemerdekaan dgn segera
Ingin membentuk kerajaan sendiri yg berdaulat.


(b)   Mengapakah gerakan nasionalisme yang berlaku di Thailand dikatakan berbeza dengan negara-negara lain di Asia Tenggara.                                      (8markah)
F1
F2
F3
F4
F5
F6
F7
F8
F9

F10
F11
F12
F13
F14
F15
F16
Tidak bersifat antipenjajah
Merupakan kegelisahan rakyat terhadap penguasaan politik oleh kerabat diraja
Jg penentangan terhadap raja berkuasa mutlak
Perkembangan pendidikanBarat memberi pendedahan
Terhadap liberalissasi, system demokrasi dan raja berperlembagaan kpd gol intelek Thai
Kelemahan system pentadbiran Rj Vajiravudh menyebabkan rakyat tidak berpuas hati.
Nai Pridi Panomyong dan   Phibul Gogram menubuhkan parti Rakyat
Rakyat
Parti Rakyat melancarkan Revolusi Thai pd 1932.
Tamatnya system raja berkuasa mutlak.
Tahap Kedua
Akibat rasa tidak puas hati rakyat terhadap cengkaman ekonomi oleh kapitalis barat dan orang Cina
Phibul songram meluluskan undang-undang menyekat kebebasan dan penguasaan ekonomi oleh orang Cina.
Sekolah  dan akhbar Cina dibubarkan
Pend pribumi digalakkan melibatkan diri dlm aktiviti ekonomi
Jawatan tertinggi dlm kerajaan hanya utk penganut Buddha sahaja.
Phibul Songram menukarkan nama Siam kpd Thai yg bermakna Tanah Bebas.
Kerjasama dgn Jepun semasa PDII mebolehkan Thai mendapat semula wilayah IndoChina dan Tanah Melayu.


(c)    Sebagai pemimpin pelajar di sekolah, bagaimanakah anda dapat menanamkan
semangat nasionalisme  dalam kalangan rakan-rakan di sekolah anda. (5 markah)
F1
F2
F3
F4
F5
Mengajak mereka agar sama-sama terlibat dlm aktiviti kokurikulum
Melibatkan diri semasa Bulan kemerdekaan
Mengadakan aktiviti berbentuk patriotic dlm kegiatan kokurikulum
Membantu guru menggantung bendera semasa bulan kemerdekaan
Tidak terlibat dengan aktiviti memburukkan Negara.
  • Terima jawapan murid yang munasabah


         Akhbar dan majalah memainkan peranan yang besar dalam menanamkan semangat       
                           nasionalisme kepada penduduk Tanah Melayu.

8.      (a) Jelaskan peranan akhbar sebagai agen gerakan nasionalisme di Tanah Melayu
               (5 markah)
F1
F2        
F3
F4
F5
F6
F7
F8
F9
F10
Mengkritik British
Kerana mengurangkan kuasa raja-raja Melayu
Mengkritik raja-raja dan pembesar Melayu
Kerana tidak memberikan kepimpinan yang sewajarnya kepada rakyat.
Menolak dasar pilih kasih British dlm pentadbiran kerajaan
Menuntut diadakan Malay Administration Sevice (MAS)
Menyeru orang Melayu diseluruh Tanah Melayu
supaya bersatu dlm sebuah pertubuhan kebangsaan.
Menetang tuntutan orang dagang
Terhadap kuasa politik tempatan


            (b) Nyatakan isu pendidikan yang terdapat dalam akhbar-akhbar pada tahun 1930-an.
                                                                                                                                (10 markah)
F1
F2
F3
F4
F5
F6
F7
F8
F9
F10
F11
F12
F13
F14
F15
Memajukan pendidikan tinggi orang Melayu
Menggalakkan pendidikan utk anak perempuan
Menyeru orang Melayu supaya meninggalkan sifat negative
Seperti memilih kerja dn tidak mahu berusaha
Menggalakkan tabungan di kalangan orang Melayu
Untuk pendidikan anak-anak.
Mementingkan kemahiran tradisional orang Melayu
Spt pertukangan dan kerja tangan
Mementingkan B.Inggeris utk kemajuan orang Melayu
Meminta taraf sek Melayu dibaiki
Dengan memberikannya nilai ekonomi
Memartabatkan Bahasa Melayu
Sebagai bahasa rasmi dlm pentadbiran British
Menyeru orang melayu agar tidak meninggalkan pendidikan Islam
Mengekalkan nilai-nilai baik masyarakat Melayu


(c)    Pada pendapat anda, adakah akhbar dan majalah pada hari ini masih mampu menanamkan semangat  nasionalisme kepada rakyat Malaysia?           (5 markah)
YA
F1
F2
F3
F4
F5

TIDAK
F1
F2
F3
F4
F5
Kerana akhbar masih banyak dibaca oleh rakyat Malaysia
Akhbar banyak menyiarkan berita/rencana tentang Malaysia
Akhbar masih sangat berguna terutama kpd penduduk luar bandar
Akhbar mempunyai sebuah ruang khas sperti pena pengarang yg menulis tentang isu semasa di Malaysia.
Masih banyak rakyat Malaysia yg rajin menulis tentang Negara di dlm ruangan surat pembaca di akhbar.

Rakyat Malaysia kini mendapatkan berita dr internet.
Rakyat kurang/tidak mempercayai lagi berita dari akhbar
Akhbar dianggap ketinggalan zaman.
Semangat nasionalisme rakyat Malysia yg mula luntur
Sikap rakyat Malysia yg kurang memberi perhatian pd isu-isu semasa Negara.

*Terima jawapan murid yg munasabah.


                                                       Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957


9.      (a) Nyatakan isi perjanjian di atas.                                                                  ( 6 markah)

F1
F2
F3
F4
F5
F6
F7
F8
F9
F10
F11
F12

F13
Pembentukan sebuah kerajaan Persekutuan
Pemisahan ant kuasa persekutuan dgn kuasa negeri melalui Senarai persekutuan dan Senarai Negeri.
Institusi Raja dijadikan Raja Berperlembagaan pd peringkat negeri dan Negara
Tiga jenis kerakyatan diwujudkan iaiutu secara Kuat Kuasa Undang-undang, Permohonan dan Naturalisasi.
Prinsip jus Soli diterima.
Kedudukan istemewa orang melayu dikekalkan
Agama islam sebagai agama rasmi Persekutuan
Tanah Simpanan Melayu dikekalkan.
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
Yang Dipertuan agong sbg ketua Negara
Pentadbiran Negara bersifat demokrasi berparlimen, iaitu Dewan rakyat dan dewan Negara terletak di bawah parlimen.
Pada peringkat negeri, Menteri Besar menjadi pelaksana pentadbiran dan beliau dibantu oleh Dewan Undangan Negeri dan EXCO.


(b) Apakah kepentingan perjanjian tersebut.                                          (8 markah)

F1
F2
F3
F4
F5
F6
F7
F8
F9
F10
F11
Persetujuan yg dicapai menerusi pakatan murni
Membolehkan pembentukan sebuah kerajaan demokrasi.
Konsep Raja Berperlembagaan dibentuk
Pemimpin Melayu dan bukan Melayu menyokong pakatan ini.
Mereka myedari bhw pakatan ini akan mewujudkan perpaduan ant kaum
Keharmonian kaum dpt dicapai tanpa pertumpahan darah
Memberi hak mutlak kpd pend tempatan
Mentadbir sebuah ng yg berdaulat
Merdeka mengikut acuan sendiri
Setiap kaum berusaha utk melahirkan indentiti masyarakat yg merdeka
Perbezaan warna kulit, agama, bahasa dan bangsa diketepikan.
·         Terima apa-apa jawapan murid yang munasabah


(c)   Sebagai warganegara Malaysia, bagaimanakah anda dapat mengisi kemerdekaan negara kita?                                                                                                        (6 markah)

F1
F2
F3
F4
F5
F6
F7
F8
F9
Belajar bersungguh-sungguh
Menguasai pelbagai bidang ilmu
Meningkatkan kemahiran diri
Tidak melanggar undang-undang Negara
Tidak berkomplot dgn golongan yg anti kemajuan
Tidak memburuk nama negara di persada antarabangsa
Berinovasi dan kreatif
Bersikap berdaya saing
Mempunyai jati diri sbg rakyat Malaysia.



* Guru boleh memikirkan dan menerima apa-apa jawapan murid asalkan jawapan yang diberi munasabah iaitu dapat diterima dengan logik akal.

Cikgu akan cuba masukkan gambar pula sebab ramai murid cikgu minta masukkan gambar yang menarik. Betul jugakan. Kalau asyik kena baca yang panjang-panjang bosan juga.
Cikgu harap jawapan ini akan dapat membantu semua murid dan guru di Port Dickson yang menggunakan soalan selaras ini.
Terima kasih, arigato, sukran jazilan.