Sabtu, 20 Ogos 2011

Jawapan UB II Tingkatan 4

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Cikgu harap kamu dapat menyemak jawapan pembetulan berdasarkan jawapan yang cikgu sediakan ini. Jika terdapat kekuarangan fakta yang kamu sediakan, maka kamu boleh menambahkan jawapan kamu. Dan tidak lupa juga cikgu ucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin. Maklumlah, cikgu yang paling garang di sekolah. sesiapa yang dah kena "kelengset" dengan cikgu pada tahun ini, anggaplah itu sebagai memori terindah di sekolah. kalau kamu masuk 'u' atau apa-apa kolej sekalipun selepas ini kamu tidak akan bertemu dengan 'memori indah' ini lagi. cario...

1.
(a) Mengapakah Saidina Abu Bakar digelaar al-Siddiq? (1m)
F1 Bermaksud membenarkan
F2 Sentiasa meyakini
F3 Membenarkan kata-kata Nabi Muhammad s.a.w
(b)Nyatakan cabaran yang dihadapi oleh SaidinaAbu Bakar diawal
pemerintahannya?(3m)
F1 Perpecahan dalam kalangan umat Islam
F2 Wujudnya golongan murtad
F3 Golongan al-Riddah yang menyalahtafsirkan ayat-ayat al-Quran
F4 Ancaman kuasa luar iaitu kuasa Rom dan Parsi

(c)Nyataakan usaha-usaha yang dibuat oleh Khalifah Abu Bakar bagi
melicinkan pentadbirannya. (3)
F1 Membahagikan tanah Arab kepada 10 wilayah iaitu Makkah, Taif,
Yaman,al-Jund, khalwan,Bahrain, jarsh, Zabid, Hadramaut dan Najran.
F2 Melantik seorang ketua atau amir untuk mentadbir wilayah berkenaan.
F3 Mengumpulkan tulisan atay-ayat alQuran
F4 Mengarahkan Zaid bin Thabit menghimpunkan tulisan ayat-ayat al-Quran
F5 Menyimpan tulisan ayat alQuran
F6 Memerangi golongan murtad/ al-Riddah
F7 Memerangi golongan yang enggan membayar zakat.

(d) Pada pendapat anda, mengapakah Saidina abu Bakar
digelar “penyelamat umat Islam”? (3m)
F1 Dapat mengatasi perpecahan yang melanda umat Islam
F2 Mempertahankan madinah daripada ancaman Rom dan Parsi/ ancaman luar
F3 Mengumpulkan tulisan al-Quran
F4 Mengarahkan Zaid bin Thabit menghimpunkan tulisaan ayat alQuran
F5 Menyimpan tulisan ayat alQuran
F6 Memerangi golongan murtad/ al-Riddah
F7 Memerangi golongan yang enggan membayar zakat.

2(a) Mengapakah Khalifah Uthman bin Affan digelar sebagai Zun Nurain
(mempunyai dua cahaya?)
F1 Pernah mengahwini dua orang puteri Nabi Muhammad s.a. w
F2 Selepas salah seorang meninggal dunia

(b) Nyatakan dua sifat terpuji Khalifah Uthman. (2m)
F1 Hartawan yang dermawan
F2 Bersifat lemah lembut
F3 bertolak ansur
F4 mempunyai sifat simpati yang tinggi kpd golongan yg memerlukan

(c) Nyatakan tiga sumbangan Khalifah Uthman sepanjang pemerintahannya. (2m)
F1 Meluaskan tanah jajahan Islam hingga ke Afghanistan/ Samarkand/
Cyprus/ Tripoli
F2 Mengukuhkan pertahanan negara
F3 Menubuhkan angkatan tentera Laut yang pertama
F4 Menyelaraskan bacaan al Quran
F5 Mengisytiharkan naskhah al Quran yg dikenali sebagai Mushaf Uthmani
F6 Membina jalanraya, jambatan dan rumah rehat bagi kemudahan para
pengembara
F7 Mengukuhkan peranan Baitulmal
F8 menggunakannya untuk mebiayai pembangunan Negara
F9 Memperkuatkan angkatan tentera laut seperti membeli peralatan
senjata dan kapal
F10 Mengekalkan kutipan jizyah yang menjadi sumber pendapatan Baitulmal

(d) Nyatakan dua jasa yang telah disumbangkan oleh Saidina Ali bin Abi
Talib semasa pemerintahannya. (2m)
F1 Berusaha mengekalkan kestabilan dan keharmonian Negara
F2 Dalam Perang Siffin walaupun pihaknya hamper mencapai kemenangan,
tetapi disebabkan pihak lawan telah mengangkat al-Quran, maka beliau
sanggup menhentikan peperangan dan memulakan proses perundingan.
F3 Membina markas tentera di Parsi dan di sempadan Syria untuk
pertahanan Negara
F4 Mengembangkan system ekonomi Negara
F5 Meneruskan kutipan jizyah

(e) Pada pandangan anda, apakah iktibar yang dapat diambil daripada
keempat-empat orang Khalifah al-Rasyidin? (3m)
F1 Menitikberatkan kesejahteraan agama, rakyat dan Negara
F2 Mementingkan perpaduan umat yg kukuh
F3 Menjalankan tugas dengan penuh kesedaraan dan tanggungjawab
F4 Tidak mementingkan diri sendiri
F5 Tidak mengamalkan kehidupan mewah
F6 Berjuang untuk mengekalkan pembangunan, kesejahteraan dan kebahagian
rakyat jelata.
F7 Mendapat sokongan taat setia daripada rakyat yang tidak berbelah bagi.
*** Mana-mana jawapan yang munasabah

3.Jadual berikut menerangkan tentang kerajaan Bani Umaiyah.

Kerajaan Bani Umaiyah Pusat Pemerintahan

Tahap Pertama

Tahap Kedua
• Damsyik

• Cordova

a)Namakan pengasas kerajaan tersebut (2m)

i) Tahap pertama : Muawiyah bin Abu Sufian

ii) Tahap Kedua : Abdul Rahman 1 (Abdul Rahman al-Dakhil)

b) Sistem pentadbiran kerajaan bani Umaiyah dilaksanakan secara
sistematik. Nyatakan dua aspek utama system pentadbiran kerajaan Bani
Umaiyah. (2m)
F1 Ssistem khalifah (perlantikan khalifah)
F2 Sistem wazarah (perlantikan wazir)
F3 Sistem urs setia ( urusan pentdabiran)
F4 Sistem hijabah ( pemeriksaan sebelum menemui khalifah)

c)Kerajaan Bani Umaiyah turut melaksanakan system perundangan yang mantap.
Bagaimanakah hakim melaksanakan sesuatu hukuman? (2m)
F1 Berijtihad berdasarkan al-Quran dan sunah
F2 Berijtihad berdasarkan ijmak.


d)Berikan dua sumber pendapatan kerajaan yang disimpan di Baitulmal. (2m)

F1 kharaj ( cukai tanah)
F2 jizyah (cukai perlindungan)
F3 usyur ( cukai 1/10 hasil pertanian)
F4 Ghanimah (harta rampasan perang)

e) Pada pendapat anda, bagaimanakah sesebuah kerajaan boleh mencapai
kegemilangannya? (2m)
F1 Mempunyai system pentadbiran yang tersusun
F2 Pertahanan Negara yang mantap
F3 Mempunyai system pendidikan yang moden
F4 Mempunyai ramai golongan cendekiawan / cerdik pandai
F5 Negara yang aman makmur
F6 Ekonomi negara yang stabil dan mantap
*** mana-mana jawapan yang munasabah




4.(a) Namakan dua tokohyang mengemukan teori kedatngan Islam ke Asia
Tenggara. (2m)
F1 John Crowford
F2 Frofesor Syed Naquib al Attas
F3 S.Q. Fatimi
F4 Emanuel Gadinho Eredia
F5 Snouck Hurgronje

(b)Nyatakan dua bukti yang menyokong pendapat bahawa Islam datang dari
Tanah Arab. (2m)
F1 Catatan China menyatakan bahawa orang arab dan Parsi mempunyai
petempatan dan pusat perniagaan di Amoy, china.
F2 Pedagang arab ini singgah di pelabuhan utama AT di Selat Melaka.
F3 pelabuhan di Selat Melaka dalm kedudukan strategic kerana terletak di
tengah-tengah laluan perdagangan.
F4 Pelabuhan ini menjadi tempat menunggu perubahan angina monsoon untuk
ke China.
F5 Pedagang Arab ini menetap selama beberpa bulan sebelum meneruskan
perjalanan.
F6 Mereka membina perkampungan
F7 Yang berfungsi sebagai tapak perdagangan .
F8 Terdapat pedagang Arab yang berkahwin dengan wanita tempatan.
F9 Pedagang mengadakan interaksi dengan pedagang serta penduduk tempatan
F10 Nilai murni pedagang menarik minat masyarakat tempatan terhadap Islam.
F11 Dalam catatan China menyatakan tentang perkampungan Ta Shih di
Sumatera Utara.
F12 Persamaan baht dengan Arab
F13 Tulisan jawi berasal dari tulisan Arab
F14 Adat resam dan kebudayaan Melayu banyak dipengaruhi unsur Arab spt
menghormati tetamu,tarian zapin dan muzik dabus.
F15 Karya tempatan yang menyatakan pengislaman raja-raja Melayu oleh
mubaligh Arab

(c) Berikan dua Bukti yang ditulis oleh S.Q. Fatimi tentang kedatangan
Islam dari China. (2m)
F1 Khan Fo/ Canton/ Guang Zhou menjadi pusat perniagaan terkenal di
kalangan pedagang Arab
F2 Ini membolehkan Islam berkembang pada para pedagang China
F3 Pedagang china Islam ini berdagang ke AT
F4 Sekitar tahun 876 TM, terdapat perpindahan beramai-ramai pedagang di
Conton ke AT
F5 Penemuan batu bersurat di Sg Tersat Terengganu.
F6 Terdapat persamaan unsur seni bina China pd masjid-masjid di
Nusantara. (bumbum berbentuk pagoda, hujung perabung yang melentik,
atap genting, warna merah dan kuning pada kepala
kayu pintu dan tingkap masjid, serta jubin pd lantai, dinding,tangga
dan kolam air di masjid).

(d) Senaraikan dua bukti yang menunjukkan Islam datang dari India. (2m)
F1 Hubungan dagangan telah lama wujud antara India dan AT.
F2 Terdapat batu marmar pd batu nisan Malik Ibrahim di Gerisik Jawa.
F3 Batu nisan Malik al-Salih mempunyai ciri buatan India.
F4 Masyarakat AT mempunyai hubungan budaya yang begitu rapat dengan India
sejak dahulu.

(e) Pada pendapat anda mengapakah masyarakat Asia Tenggara mudah menerima
ajaran Islam? (2m)
F1 Ajaran Islam itu sendiri yang penuh dengan nilai murni
F2 Sikap pedagang Islam yang penuh hemah sewaktu awal kedatang Islam.
F3 Kebijaksanaan pendakwah/mubaligh Islam.
F4 Islam agama yang menyuruh umatnya berfikir secara rasional
F5 Konsep Tuhan Yang Maha Esa atau Tauhid
F6 Keadilan dan hak individu dan masyarakat
*** Terima mana-mana jawpan yang munasabah


5. (a) Nyatakan tiga pengaruh Islam dalam system pemerintahan kerajaan di
Asia Tenggara (3m)
F1 Institusi kesultanan diperkenalkan
F2 Gelaran raja digantikan dengan gelaran Sultan
F3 Sultan menjadi ketua Negara
F4 Mufti dilantik menjadi penasihat raja
F5 Wujud jawatan kadi, khatib, bilal, pemungut zakat, penyelia baitulmal
dan penjaga harta wakaf.
F6 Undang-undang syariah diperkenalkan spt. Hokum Kanun Melaka.
F7 Di Acheh, terdapat Kanun Mahkota Alam yg mempunyai ciri-ciri sebuah
perlembagaan Islam. Islam dijadikan agama rasmi spt di Malaka,
Acheh dan Brunei.

(b)Mengapakah gelaran sultan penting kepada seseorang raja yang
memerintah di Asia Tenggara. (2m)
F1 Mengukuhkan kedudukan Kerajaan Islam di alam Melayu
F2 Menjamin kewibawaan raja
F3 Kedudukan sultan setaraf dengan pemerintah Islam lain.
F4 Memupuk semangat persaudaraan di kalangan umat Islam.

(c)Apakah peranan sultan dalam sesebuah kerajaan Islam? (2m)
F1 Sebagai ketua Negara
F2 Khalifah Allah/ wakil Allah di muka bumi
F3 Haruslah menunaikan amanah yang dikurniakan Allah
F4 Memerintah denga adil

(d) Pada pendapat anda, mengapakah semangat jihad perlu dipupuk dalam
kalangan umat Islam di Asia Tenggara? (3m)
F1 Membolehkan rakyat tempatan bersatu teguh dengan prinsip Islam
F2 Menghalau penjajah
F3 Menegaskan kewajipan berjihad bagi orang islam
F4 Sesiapa yang tidak berjihad berdosa besar
F5 Jihad sebagai usaha menentang musuh
F6 Jihad sebagai usaha menentang kemiskinan
F7 Jihad sebagai usaha mencapai suatu kehidupan yang sempurna
F8 Dapat melindungi kesucian agama Islam.

6. (a) Namakaan institusi pendidikan formal di Asia Tenggara. (2m)
F1 Istana
F2 Pondok
F3 Pesantren
F4 Madrash
F5 Surau

(b)Nyatakan peranan istana dalam bidang pendidikan. (2m)
F1 Tempat ulama berbincang tentang hokum Islam
F2 Tempat ulama berbincang dengan sultan dan pembesar
F3 Tempat ulama menyampaikan ilmu pengetahuan Islam
F4 Tempat ulama menasihati sultan

(c)Berikan ciri system pendidikan pondok. (2m)
F1 Pusat pengajian Islam
F2 Mata pelajaran ialah Fiqah, usuludin, tasawuf, hadis dan tafsir.
F3 Bahasa arab dan Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar
F4 Keperluan asas pelajar spt makan/minum disediakan sendiri oleh
pelajar.

(d) Pada pendapat anda, mengapakah pendidikan formal penting bagi
sesebuah masyarakat. (4m)
F1 Dapat menyediakan pelajaran yang sistematik/ berkualiti
F2 dapat menyediakan pelajar dengan disiplin diri yang kukuh
F3 Memberi peluang pelajar menunjukkan kebolehan/ bakat dengan berkesan
F4 Dapat melatih pelajar bakat kepimpinan dengan berkesan.
F5 Memberi peluang kepada murid supaya focus penuh kpd pelajaran.
F6 menjamin kualiti tahap pendidikan yang diterima oleh murid.
*** terima mana-mana jawapan yang munasabah.