Isnin, 25 Julai 2011

TING. 5: BAB 4
LATIHAN PENGUKUHAN : SOALAN STRUKTUR
1(a) –Ugutan Sir Harold Mac Michael
- Semangat setia kawan dengan British spt Sultan Selangor dan
Sultan Johor
(b) – Menjadi ahli Majlis Raja-raja Melayu tanpa sebarang kuasa.
- Menjadi ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu.
- Kehilanagan kuasa dan kredibiliti sebagai ketua orang Melayu.
(c) – Pemberian kerakyatan yg longgar kpd orang dagang
- Jumlah orang Melayu menjadi kecil
-Status quo oaring Melayu terancam
- Orang Melayu bimbang kehilangan sejarah tamadun bangsa yg
dibina sejak zaman Melaka.
- Ekonomi Tanah Melayu akan dikuasai oleh orang dagang.
- Pendidikan dan ekonomi orang Melayu bertambah mundur.
-Bimbang agama Islam tercemar kerana campur tangan Gabenor British.

(d) – Menulis dalam akhbar-akhbar spt Utusan Melayu, Majlis dan
Warta Negara tentang keburukan Malayan Union.
- Mengadakan demonstrasi aman
- Persatuan-persatuan melayu dihidupkan semula utk menentang
Malayan Union.
- Menghantar surat bantahan ke Pejabat Tanah Jajahan di London.

2 (a) - Persediaan Tanah melayu kea rah membentuk pemerintahan sendiri.
- Melahirkan pentadbiran yg licin.
- Menjimatkan kos pentadbiran
- Membentuk bangsa Malayan Union
- Mengawal kuasa politik orang Melayu
- Ingin terus menguasai ekonomi Tanah melayu.
(b) – Semua Negeri Melayu Bersekutu, Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan
Negeri Selat disatukan.
- Seorang gabenor British yg dilantik oleh Baginda Ratu England
mengetuai Malayan Union.
- Majlis Eksekutif dan majlis Undangan Malayan Union dibentuk.
(c) -Sesiapa yang lahir di tanah Melayu dan Singapura.
- Semua rakyat british drp tanah jajahan takluknya.
(d) Sumber ekonomi Negara akan dikuasai oleh British secara berterusan.
- Warisan tamadun bangsa Melayu telah musnah.
- Orang melayu kekal mundur dan tercicir dari aspek ekonomi dan
pendidikan.

Rabu, 20 Julai 2011

sambuangan

JAWAPAN TING.5: BAB 3 (sambungan)
3a) Ciri-ciri Negara dan bangsa dlm Kesultanan Melayu Melaka ialah wilayah wilayah pengaruh, kedaulatan, rakyat, kerajaan, lambing-lambang dan keunggulan undang-undang. Wilayah pengaruh merujuk kpd kawasan yg rakyatnya menerima dan memperakui pemerintahan seorang raja. Kesultanan Melayu Melaka mempunyai kawasan lingkuangan pengaruh yang luas walaupun sempadannya tidak ditetapkan spt. sempadan negara moden.
Kedaulatan merupakan kekuasaan tertinggi terhadap rakyat sesebuah wilayah dan kekuasaan ini tidak boleh dihadkan oleh mana-mana pihak. Kedaulatan jg merujuk pd kekuasaan yg dimiliki oleh sebuah Negara atau pemerintah. Kedaulatan memastikan sesebuah ng itu bebas drp campur tangan atau penjajahan kuasa asing. Pd zaman Kesultanan Melayu Melaka, kedaultan dirujuk terus kpd raja yg memerintah. Raja yg memerintah mewakili negeri atau kawasan pemerintahan.
Rakyat ialah seluruh penduduk bg sesebuah wilayah dan mereka ini terikat kpd undang-undang dan peraturan yg dikuatkuasakan dlm wilayah tersebut. Pd zaman Kesultanan Melayu Melaka, rakyat bertanggungjawab untuk mentaati raja yg memerintah.
Kerajaan merupakan badan yg diberi kuasa utk menguruskan pentadbiran, menjaga keamanan, mempertahankan kedaulatan Negara dan menjalin hubungan diplomatic dgn ng lain.
Kebesaran sultan dan kesultanan melayu Melaka dilambangkan dgn alat regalia, nobat, warna, bahasa, undang-undang, protocol dan adat istiadat istana.
Keunggulan undang-undang menetukan struktur kerajaan, kehakiman, bahasa, agama dan kerakyatan diterima masyarakat.

3b) Peranan Undang-undang. (6m)
Undang-undang berperanan memelihara keamanan dan melindungi rakyat. Keunggulan undang-undang menentukan struktur kera kerajaan, kehakiman, bahasa, agama dan kerakyatan diterima masyarakat. Pd zaman kesultanan Melayu Melaka terdapat dua sumber undang-undang bertulis yg dipengaruhi oleh hokum adat tempatan dan agama Islam iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka. Hukum Kanun Melaka mengandungi 44 fasal yg menyentuh bidang kuasa raja dan pembesar serta pantang larang di kalangan anggota masyarakat. Hukum Kanun Melaka ini turut menyatakan hukuman terhadap kesalhan jenayah awam, undang-undang keluarga dan sebagainya. Undang-undang Laut Melaka pula memperuntukkan perkara yg berkaitan dgn tatacara pelayaran di laut spt tanggungjawab pengawal kapal, atur cara pelayaran, perniagaan, bidang kuasa nakhoda kapal dan hukuman bg kesalahan jenayah.

3c) Unsur-unsur Warisan Kesultanan Melayu Melaka. (6m)
Warisan kesultanan ialah spt adat istiadat Melayu, agama Islam dan bahasa melayu. Kerajaan Perak, Pahang dan Johor diasaskan oleh kerabat diraja Melaka. Semua pemerintahan ng tersebut menggunakan gelaran sultan pd awal nama masing-masing yg ternyata mencontohi sultan Melaka. Sistem pewarisan takhta jg mementingkan jurai keturunan sebelah bapa. Putera sulung sultan dgn permaisurinya berpeluang mewarisi takhta. Johor, perak dan Pahang mengamalkan Sistem pembesar Empat lipatan spt yg diamalkan di Melaka. Warisan kesultanan Melayu Melaka jg dapat dilihat dlm kitab undang-undang bg johor, Perak dan Pahang. Ketiga-tiga undang-undang itu disalin dan dipinda berdasarkan Hukum kanun Melaka utk diseseuaikan dgn unsur tempatan.

4a) Peranan Undang (2m)
Undang melantik Yang diPertuan Besar. Undang berunding dgn Yang diPertuan Besar sblm Yang dipertuan besar membuat keputusan. Undang jg merupakan ketua luak.

4b) Sistem petadbran di NS. (12m)
Mengikut system Adat perpatih, perlantikan pemimpin dibuat drp peringkat yg paling bawah iaitu anak buah melantik Buapak, buapak melantik Lembaga, Lembaga melantik undang dan Undang melantik Yang diPertuan Besar. Walaupun Yang Dipertuan Besar merupankan pemerintah yg tertinggi tetapi baginda tidak berhak melantik pembesar. Setiap keputusan Yang diPertuan besar adalah melelui perundingan dengan Undang. NS dibahagikan kpd 4 luak yg utama iaitu Rembau, Sg Ujung, Jelebu dan johol. Ketua setiap luak ialah Undang yang dipilih oleh Lembaga. Undang dipertanggungjawabakan untuk melantik yang diPertuan Besar. Lembaga ialah Ketua Suku. Setiap lembaga bertanggungjawab terhadap suku masing-masing. Lembaga berkuasa memilih individu yg layak menjadi undang. Buapak merupakan ketua perut dan setiap anggota perut dikanali sebagai anak buah. Buapak menjadi tempat rujukan bg setiap masalah khususnya yg berkaitan dgn adat. Sistem ini tidak mengamalkan kuasa mutlak tetapi mengagihkan kuasa tersebut kpd individu mengikut peringkat.

4C) Peraturan Hidup (6m)
Perturan hidup yg menjadi amalan dlm Adat perpatih ialah kepentingan bersama, semangat bergotong-royong, permuafakatan dan sikap saling menghormati antara satu sama lain.

SOLAN STRUKTUR
1a)- Revolusi inggeris 1688
- Perang Kemerdekaan Amerika 1776
- Revolusi perancis 1789

b) –tipu helah
- pemalsuan dokumen
- provokasi
- penipuan
-ugutan

c)-tipu helah
-peperangan
-kekerasan bersenjata

c) isu membenci kuasa asing

2a) Konsep bangsa Malaysia dibentuk melalui penggunaan satu bahasa kebangsaan, pengamalan kebudayaan kebangsaan dan pengamalan rukun Negara .

b) – Negara
-bangsa
-kerajaan
-perlembagaan

*NOTA; Jawapan esei kelihatan panjang kerana cikgu menuliskan semua jawapan yang terdapat di dalam buku teks sebagai skima. Kamu tidak perlu menulis semua jawapan jika didapati terlalu panjang. Namun cikgu menasihatkan agar jawapan yg lengkap dituliskan kerana kita pasti dengan kehendak jawapan oleh LPM.