Isnin, 4 April 2011

Jawapan Esei Bab 2 Ting 5

BAB 2: NASIONALISME DI ASIA TENGGARA SEHINGGA PERANG DUNIA KE DUA
2. (ms 17) Peranan akhbar (6m)
Akhbar merupakan agen gerakan nasinalisme kerana persoalan tentang social atau pendidikan, ekonomi dan plitik telah dibangkitkan oleh akhbar secaramenyeluruh telah menyedar dan memajukan bangsa Melayu. Dalam aspek social atau pendidikan, isu-isu yang telah dibangkitkan termasuklah memajukan pendidikan tinggi orang Melayu dan menyeru orang Melayu supaya tidak meninggalkan pendidikan Islam. Dalam aspek ekonomi, isu-isu yang dibangkitkan termasuklah menggalakkan syarikat kerjasama dan melarang orang Melayu daripada menjual tanah mereka. Dalam aspek politik pula, isu-isu yang dibangkitkan ialah mengkritik British kerana mengurangkan kuasa raja-raja Melayu dan menolak dasar pilih kasih British dalam pentadbiran kerajaan.

1.(ms 19) Faktor-faktor kebangkitan nasionalisme di Negara kita. (10m)

British telah memperkenalkan system politik barat dan meletakkan seorang Residen yang mengambil alih pentadbiran Negara drp pembesar tempatan. Pembesarkan diberikan pencen dan tempat mereka digantikan oleh pegawai British. Penjajah telah memusnanhkan system politik tradisional tempatan. Perubahan ini mencabar system amalan tradisi mereka dan menjatuhkan maruah pembesar. System Pendidikan Inggeris dan sekolah vernacular Melayu telah melahirkan golongan intellectual Melayu yang mampu berfikir tentang kemajuan bangsanya. Mereka menggunakan idea baru untuk memajukan diri dan menolak penjajahan Barat.
Faktor lain ialah dasar british menggalakkan sesiapa sahaja datang utk melabur, berniaga dan menetap di Tanah melayu. Ini menimbulkan persaingan kpd penduduk tempatan. Mereka telah menguasai ekonomi Tanah melayu dan orang Melayu kekal dengan pertanian padi yang tidak dimajukan oleh British. British telah membuka Bandar-bandar baru sebagai pusat pentadbiran dan orang Melayu tetap tinggal di kg. dengan segala kekurangan.
Dasar British telah memundurkan lagi orang Melayu. Golongan intelek Melayu telah sedar dan menjadikannya isu gerakan nasionalisme Melayu. Pendudukan Jepun dan konsep kawasan kesemakmuran Asia serta menibngkatkan persaudaraan di kal bangsa2 Asia. Dengan konsep ini Jepun menggalakkan orang tempatan bekerjasama dengannya dan berjanji akan memerdekakakan mereka. Kesengsaraan hidup akibat kekejaman Jepun menyebabkan penduduk tanah Melayu membenci penjajah. Penguasaan PKM selama 14 hari telah membangkitkan semangat menentang penjajahan. Kemunculan mesin cetak memberikan kesan kpd penyebaran ilmu pengetahuan dan mendorong penentangan terhadap British. Gerakan Pan-Islamisme dan kesedran politik yang berlaku di sekitar AT, terutama di Indonesia turut mendorong kebangkitan nasionalisme di T.Melayu.

2.(ms 19) Isu pendidikan (5M)

Isu pendidikan yg terdapat dalam akhbar pada tahun 1930an ialah memajukan pendidikan tinggi orang Melayu, menggalakkan pendidikan utk anak perempuan, menggalakkan tabungan di kalangan orang Melayu utk pendidikan anak-anak, mementingkan pendidikan bahasa Inggeris utk kemajuan orang Melayu, meminta taraf sekolah Melayu dibaiki dengan memberikannya nilai ekonomi.

3.(ms19) Sebab perjuangan menemui kegagalan. (9m)

Perjuangan pemimpin tempatan menemui kegagalan semasa menetang british kerna bersifat setempat dan tidak berorganisasi. Pemimpintempatan juga kekurangan ilmu pengetahuan dan stategi peperngan mereka lemah. Pemimpin tempatan kekurangan senjata moden untuk menentang british. Bilangan penduduk tempatan juga kurang. Tiada pengganti selepas pemimpin ditangkap atau dibunuh. British juga mendapat kerjasama sultan seperti di Kelantan dan Pahang. Rakyat tempatan tidak akan menderhaka kepada sultan. Penduduk tempatan bimbang dengan hukuman dan tindakan British. Hal ini menyebabkan tidak ada perpaduan secra menyeluruh.

1a) (ms 20) Isu-su yg diperjuangkan oleh persatuan2. (5m)

Persatuan Sahabat Pena Malaya (PASPAM) di Pualu Pinang telah ditubuhkan utk menggalakkan ahlinya berkenal2 dan bertukar2 pendapat bagi memajukan diri sendiri dan bangsa serta menggalakkan perpaduan dan persaudaraan di kalangan org Melayu di seluruh semenanjung T.Melayu. Persatuan negeri yg ditubuhkan di Ng2Melayu Bersekutu menggabungkan tenaga intelktual Melayu bg membincangkan nasib orang Melayu dlm soal ekonomi, pendidikan dan perkhidmatan kerajaan. Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS) bertujuan utk mengeratkan perpaduan Melayu, menggalakkan pendidikan, menjaga budaya dan maruah bangsa serta menegakkan ajaran agama Islam. Kesatuan Melayu Muda (KMM) pula menggalakkan perpaduan di kalangan pemuda Melayu seluruh Semenanjung dan meningkatkan tahap pendidikan orang Melayu.

1b)(ms20) Perkembangan KMM (10m)

Kesatuan mulayu Muda (KMM) ialah sebuah persatuan separa politik yg ditubuhkan pd thn 1939. Pemimpinya Ibrahim Hj Yaakob merupakan wartawan akhbar Majlis di KL. Nama KMM diilhamkan oleh Sultan Djenain, iaitu pelarian politik Indonesia. Objektif utama KMM adalah menggalkkan perpaduan di kalangan pemuda Melayu di seluruh Semenanjung dan meningkatkan tahap pendidikan orang Melayu. Kesatuan ini didaftarkan oleh Mustapha Hussein, naib Ketua KMM pada Disember 1940. Tujuan penubuhan KMM adalah lebih bersifat politik. KMM bekerjasama dengan jepun utk menghalau British dr Tanah Melayu. Antara tindaknnya termasuklah menjadikan KMM sebuah badan propaganda Jepun, membeli Warta Malaya utk dijadikan alat propaganda anti British dan mengelilingi TM utk emncari skongan. Cawangan KMM ditubuhkan bg meluaskan propaganda menentang British. Maahad II Ihya assyariff di gunung Semanggol Perak menjadi penyokong KMM dgn menyediakan kader-kader yg dikenali sebagai tentera semut utk menentang British. Ibrahim Hj Yaakob, Ishak Hj Muhammad dan lebih kurang 150 org penyokong KMM dtangkap british pd akhir 1941 kerana kegiatan tersebut dan mereka dipenjarkan di Changi, Singapura.

1c) (ms21) Bentuk tekanan terhadap pejuang semngat kebangsaan. (5m)

Jepun mengharamkan semua khbaar yang diterbitkan sebelum itu, menukarkan nama akhbar tempatan kpd nama Jepun spt Malai Shimbun utk Utusan Melayu. Semua sekolah menggunakan bahasa jepun sebagai bahasa pengantar dan nilai budaya Jepun diperkenalkan. Pemerintahan Jepun telah menyekat kebebasan bersuara penduduk Tanah melayu. Jepun memberikan kebebasan kpd pertubuhan yg menyokongnya dan bergerak di bawah pengawasannya.

3 ulasan: