Isnin, 4 April 2011

Jawapan Bab 3 Ting 5

BAB 3: KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA

1(ms 26) Unsur-unsur penting warisan Kesultanan Melayu Melaka. (8m)

Warisan Kesultanan melayu Melaka seperti adat istiadat Melayu, agama Islam dan bahasa Melayu berkembang ke negeri-negeri Melayu. Semua pemerintah negeri menggunakan gelaran Sultan pada awal nama mereka. Sistem pewarisan takhta di negeri-negeri tersebut mementingkan jurai keturunan sebelah bapa. Menurut sistem ini putera sulung sultan dengan permaisurinya berpeluang mewarisi takhta kerajaan. Sekiranya sultan tidak mempunyai putera, adik lelaki sultan boleh mewarisi takhta kerajaan. Sistem pembesar Empat Lipatan jg diamalkan di Johor, Perak dan Pahang seperti yg diamalkan di Melaka. Warisan kesultanan Melayu Melaka dpat dilihat dalam kitab Undang-undang bagi Johor, Perak dan Pahang. Ketiga-tiga undang2 ini disalin dan dipinda berdasarkan Hukum Kanun Melaka utk disesuaikan dengan unsur tempatan.

1a) Konsep pembinaan Kerajaan Melayu tradisional. (8m)
Dlm masyarakat melayu tradisional tlh muncul kerajaan dan kemunculannya disebabkan oleh adanya raja. Kedudukan raja begitu tinggi dan istemewa dlm sesebuah kerajaan. Raja bertanggungjawab memberikan perlindungan politik dan menjamin keselamatan rakyat yang mendiami wilayah kekuasaannya. Sbg balasan, rakyat yg mendiami wilayah yg diperintah oleh raja akan menerima dan mengakui kekuasaan raja. Kesetiaan rakyat terhadap rajanya akan menetukan sempadan kerajaan atau wilayah yg diperintah oleh raja tersebut. Kerajaan yg kuat akan membentuk atau menaungi kerajaan lain yg lemah utk mengembangkan empayarnya.

1b) (ms 27) Konsep kerajaan oleh British. (5m)
Setelah British campur tangan di Semenanjung TM, British mula merujuk setiap krj melayu sbgai negeri. British telah menetapkan sempadan setiap krjaan. Konsep krjaan beransur luput dan digantikan dgn konsep negeri. Pengenalan gagasan negeri Malayan Union pada thn 1946 di TM oleh British utk membina sebuah Negara dan bangsa yg moden tlh ditentang oleh orang Melayu. Namun penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pd thn 1948 tlh menggabungkan semua negeri Melayu dlm sebuah pentadbiran pusat. Pada thn 1957, british memberikan kemerdekaan kpd Persekutuan Tanah Melayu dan lantas menjadikan TM sbg sebuah Negara baru yg merdeka. Persetujuan Sabah dan Sarawak bergabung dng PTM tlh mewujudkan Negara Malaysia yang berdaulat.

1c)(ms27) Konsep bangsa Malaysia.(7m)
Konsep bangsa merujuk kpd sekumpulan manusia dlm satu ikatan ketatanegaraan atau dgn kata lin warganegara sesebuah Negara. Konsep bangsa Malaysia merupakan konsep baru bg rakyat berbilang kaum di Negara ini. Apabila PTM disytiharkan merdeka pd 31 Ogos 1957 dan Malaysia dibentuk pd 1963, maka lahirlah Negara dan bangsa Malaysia. Bangsa Malaysia terdiri drp masyarakat berbilang kaum yg berlainan bahasa, budaya, kepercayaan dan pendapat terhadap keduniaan. Bangsa Malaysia tlh dibentuk melalui penggunaan satu bahasa kebangsaan serta pengamalan kebudayaan kebangsaan dan Rukun Negara dlm setiap bidang kehidupan. Pembentukan bangsa Malaysia merupakan hasil perjuangan kemerdekaan, pengisian kemerdekaan dan pengekalan kemerdekaan.

2a) (ms27) Sejarah pembinaan Negara dan bangsa di Eropah. (7m)
Pembinaan Negara dan bangsa di Eropah disebabkan tercetusnya Revolusi inggeris 1688, perang kemerdekaan Amerika 1776 dan Revolusi Perancis 1789. Pd ketika ini muncul idea tentang hak rakyat, kerajaan berperlembagaan dan Negara bangsa moden. Pembentukan Negara moden ini adalah mengikut sempadan rumpun bangsa bagi menggantikan bentuk Negara feudal. Di Eropah, zaman moden awal dianggap bermula pada sekitar atau penghujung abad ke 16. Dari segi pertumbuhan nasionalisme, zaman ini penting kerana tlh memperlihatkan bibit kelunturan entiti politik berasaskan keagamaan dan kemunculan idea Negara bangsa. Para nasionalis menggunakan unsur persamaan rumpun bangsa dan bahasa untuk membentuk Negara bangsa masing-masing. Panyatuan dan pembentukan Negara bangsa merupakan matlamat akhir para nasionlis.

2b) (ms28) Pembinaan Negara bangsa Itali. (7m)
Itali pd mulanya terbahagi kpd beberapa buah wilayah. Di bahg. Utara beberpa wilayah spt Venetia dan Lombardy masih dikuasai oleh Austria. Orang itali mahu menyatukan wilayah2 mereka di bwh satu pemerintahan menghalau org Austria dr bumi Itali. Count Camillo Benso di Cavour menggunakan realpolitik utk menyatukan Itali menjadi sebuah Negara. Count Camiilo sangat menyanjung penyatuan itali belandaskan pemerintahan monarki dan beliau tlh mewujudkan kerjasama dengan Napolean III 9pemerintah Perancis) bg menentang Austria pd tahun 1860. Itali Berjaya menewaskan Austria krn hasil bantuan ketenteraan Napoleon III. Melalui satu pungutan suara yg diadakan, Count Camillo memperoleh sokongan majority penduduk utk menyatukan Itali. Pd tahun 1866, sbagai balasan terhadap kerjasama Itali membantu Prussia menewaskan Austria, wilayah Venetia tlh dipulangkan kpd Itali. Pd tahun 1970, Perancis mengundurkan tenteranya dr Rom dan Count Camiilo Benso mengambil peluang ini menyatukan Rom dan Itali. Penyatuan ini akhirnya tlh membentuk sebuah ng bangsa Itali.



2c) (ms28) Pembentukan Kerjaan Islam Madinah. (6m)

Pembentukan Negara bangsa kerajaan Islam Madinah merupakan satu contoh penyatuan melalui prinsip islam. Nabi Muhammad s.a.w menyusun perlembagaan terlebih dahulu sebelum mengasaskan kerajaan Islam di Madinah. Piagam madinah Berjaya menyatukan penduduknya yg berbilang kaum iaitu Yahudi, orang Kristian dan Orang Arab. Nabi Muhammad s.a.w Berjaya membentuk kerajaan Islam di Madinah dgn cara diplomasi, musyawarah dan permuafakan. Kejayaan tersebut adalah disebabkan oleh wujudnya amalan kerjasama dan permuafakatan antara pemimpin dengan pemimpin dan antara pemimpin dengan rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan