Sabtu, 19 Mac 2011

Ujian Bulanan 1 Ting.5

BAHAGIAN B: SOALAN STRUKTUR
Jawab semua soalan di bawah dalam ruang yang disediakan.

1(a) Senaraikan dua cirri umum Sistem birokrasi Barat yang diperkenalkan di Asia
Tenggara. (2m) (ms 8)
(i) Penubuhan kerajaan Pusat hasil penyatuan wilayah
(ii) Perlantikan Gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir
(iii) Perlaksanaan pentadbiran melalui Biro
(iv) Perlantikan pegawai barat sebagai ketua biro
(v) Pengenalan undang-ndang Barat

(b)Bagaimanakah bentuk negara Filipina sebelum kedatangan Sepanyol. (1m)
Terdiri drp daerah2 kecil yg dikenali sbg Barangay
(c)Siapakah pemerintah dalam system pentadbiran itu? (1m)
Golongan datu
(d) Nyatakan dua tugas Encomiendero dalam system pentadbiran yang diperkenalkan oleh Sepanyol di Filipina. (2m)
(i) mengutip/memungut cukai
(ii) menjaga keamanan
(iii)Mengkristiankan penduduk

(g) Mengapakah Sistem Encomienda ditentang oleh rakyat Filipina? (2m)
(i)Mengenakan cukai yang tinggi
(ii)mengenakan kerahan tenaga
(iii) Pada pendapat anda, apakah kesan pengenalan system birokrasi Barat ini kepada pemerintah tradisional? (2m)
(i)Kehilamgan kuasa mentadbir
(ii)kehilangan kuasa memumngut cukai
(iii)Kehilangan kuasa ke atas kawasan
(iv) Kehilanngan kuasa ke atas anak buahnya.


2(a) Berikan maksud nasionalisme. (1m) (ms 14-15)
Perasaan cinta akan bangsa dan Negara yg membawa kpd gerakan membebaskan tanah
air.

2(b) Senaraikan dua factor kemunculan nasionalisme di Asia Tenggara. (2m)
(i) Pengaruh agama
(ii) Karya kesusasteraan
(iii) Sistem pendidikan
(iv) Kemunculan golongan intelektual
(v) Pengaruh media masa
(vi) Sistem pengangkutan dan perhubungan
(vii) Pengaruh luar
(viii) Dasar Penjajahan Barat

2(c) Nyatakan dua cirri nasionalisme tahap pertama (2m)
(i) Tidak berorganisasi
(ii) Bersifat setempat
(iii) Penentangan secara terbuka
(iv) Dipimpin oleh golongan pertengahan berpendidikan barat dan Asia Barat
(v) Menekankan kesedaran politik
(vi) Menuntut hak mereka dikembalikan
(vii) Menuntut taraf hidup mereka dibaiki
(viii) Tidak meminta kemerdekaan dengan segera
(ix) Menekankan kesedaran politik dari tindakan politik

2(d) Nyatakan dua cirri nasionalisme tahap kedua. (2m)
(i) Berorganisasi
(ii) Lebih radikal
(iii) Dipimpin oleh golongan berpendidikan serta berpengatahuan luas tentang barat
(iv) Pemimpin menyedari perubahan yang diperkenalkan oleh penjajah dan kesannya
(v) Menuntut kemerdekaan
(vi) Ingin membentuk kerajaan yang berdaulat.
2(e) Sebagai warga negara Malaysia bagaimanakah anda ingin mengekalkan kemerdekaan negara anda?. (3m)
(i) Bersikap jujur semasa menjalankan tugas.
(ii) Tidak melakukan rasuah
(iii) Tidak bersubahat dengan musuh Negara
(iv) Tidak melakukan tindakan subversive
(v) Menguasai pelbagai cabang ilmu
*(Terima apa-apa jawapan calon yang munasabah)

3.

(a)Nyatakan fator berikut:- (2m) (ms 30-31)
(i) X : Perlaksanaan pentadbiran barat terhadap masyarakat tempatan
(ii) Y: Pembesar tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh
(b) Senaraikan dua matlamat dasar penaklukan British terhadap Negeri-negeri Melayu. (2m)
(i) mengukuhkan keudukan politknya
(ii) meluaskan tanah jajahannya
(iii)mengikat kawasan dengan perintah dan peraturannya.

(c) Berikan dua system pentadbiran Barat yang menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk
tempatan. ( 2m)
(i)System cukai
(ii) Undang-undang
(iii)Peraturan tanah

(d) Nyatakan dua kesan kepada pemimpin tempatan apabila British menjajah kawasan mereka.
(i) Pemimpin kehilangan kuasa pentadbiran
(ii) Pemimpin kehilangan pengaruh terhadap anak buah mereka.

(e) Apakah iktibar yang patut dicontohi oleh generasi muda daripada perjuangan pemimpin tempatan. (2m)
(i)Semangat juang yang kental/tinggi (ii) Keberanian
(iii)Pengorbanan (iv)Perpaduan
(v)Kebijaksanaan (vi) Kepimpinan
* (Terima apa-apa jawapon calon yang munasabah)


4.(a) Apakah yang dimaksudkan dengan Gerakan Islah? (1m) (ms 49-50)
(i) Gerakan yang berusaha mendorong masyarakat Melayu
(ii) supaya membetulkan pandangan mereka terhadap Islam.
(b) Namakan dua orang tokoh yang terlibat dengan gerakan ini. (2m)
(i) Syed Syeikh al-Hadi
(ii) Sheikh Tahir Jalaluddin
(iii)Dr. Burhanuddin al-Helmy

(c) Apakah idea yang ingin disampaikan oleh gerakan ini? (2m)
(i) Menyeru orang Melayu menjana Islam dari sudut kemajuan dunia
(ii) Menggesa orang Melayu memajukan ekonomi, politik dan social mereka
(iii)Menyemat sikap mengkritik penjajah dlm diri orang Melayu
(iv)Mengkritik raja dan pembesar Melayu yg tidak berperanan memajukan orang Melayu.
(v)Memberi peluang kepada murid perempuanuntuk mendapatkan pendidikan
(vi)Mengadakan system pendidikan Islam meliputi ilmu dunia dan akhirat.

(d) Bagaimanakah Kaum Muda menyampaikan idea mereka? (2m)
(i) melalui penulisan dalam akhbar, majalah, buku dan risalah
(ii) menerusi pendidikan dengan menubuhkan madrasah

(f)Apakah masalah yang dihadapi oleh Kaum Muda untuk meyampaikan idea mereka? (1m)
(i) Tentangan drp Kaum Tua
(ii) Undang-undang di Negeri-negeri Melayu yang menghalang kegiatan dakwah tanpa kebenaran sultan.
(iii)Sikap orang Melayu yg telah sebati dengan fahaman Kaum Tua.

(f)Sebagai seorang pemimpin pelajar di sekolah, bagaimanakah anda mengatasi masalah yang dihadapi semasa menjalankan tugas? (2m)
(i) Berbincang bersama-sama rakan
(ii) Merujuk kepada guru yang berkaitan
(iii) Meminta bantuan daripada guru kaunselor/disiplin/HEM
(iv) Bersikap terbuka kepada rakan yg menimbulkan masalah
(v) Membanyakkan membaca buku motivasi / kepimpinan
*(Terima apa-apa jawapan calon yang munasabah)

5 (a) Namakan persatuan yang diasaskan oleh tokoh-tokoh di bawah:
(i)Mohammad Eunos Abdullah: Kesatuan Melayu Singapura (KMS)
(ii) S.M. Zainal Abidin B.A. : Persatuan Sahabat Pena Malaya (PASPAM)
(b) Apakah tujuan penubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM)? (2m)
(i)Menggalakkan perpaduan pemuda Melayu di seluruh Semenanjung
(ii) Meningkatkan tahap pendidikan orang melayu.