Jumaat, 11 Februari 2011

Jawapan Latihan Esei Bab 1 Tingkatan 4 (Modul A)

1.(modul ms 3)
                Langkah permulaan untuk sesuatu masyarakat menumpukan kepada kegiatan pertanian, penternakan, struktur pemerintahan lebih teratur dan berorganisasi serta mempraktikkan ritual-ritual tersendiri dengan mendirikan rumah-rumah ibadat. Ini mendorong kepada pertambahan penduduk akibat lebihan bahan makanan dan hubungan dengan kawasan lain.  Keadaan ini membolehkan sesebuah masyarakat mempunyai masa untuk berfikir bagi menyesuaikan kehidupan mereka. Manusia sentiasa berusaha untuk membaiki kehidupan mereka, dengan itu mereka telah mencipta pelbagai ciptaan utk memudahkan kehidupan harian mereka. Mereka jg berfikir bagaimana untuk mengatasi halangan hidup seperti banjir, kemarau dan sebagainya. Mereka jg mencipta system pengairan yg baik, mencipta roda, cangkul  dan sebagainya.

1.Tamadun di lembah sungai.
                Sungai mempunyai tanah yg subur untuk pertanian, membekalkan air utk kegunaan harian serta sumber makanan. Sungai juga menyediakan kemudahan pengangkutan atau perhunungan. Sungai menjadi punca utk mengairi tanah pertanian. Tanah pamah rata sesuai utk tujuan petempatan jg membekalkan tanah liat utk pembinaan dan tembikar. Sg berfungsi utk menjadi pelabuhan.

4. Sumbangan tamadun Mesopotamia.
a)Kod Undang-undang Hammurabi sebanyak 282 undang-undang menetapkan hak rakyat mendapat 
    keadilan.
b) Hukuman dan denda mestilah setimpal dengan kesalahan tetapi berbeza mengikut susun lapis 
     masyarakat.
c) Kod ini mengelakkan permasalahan dalam susun lapis masyarakat dan mewujudkan perpaduan.
d)Kewujudan Sistem tulisan membawa pada system pendidikan yg melahirkan jurutulis.
e) Jurutulis membolehkan urusan pentadbiran dan perniagaan dicatat dan direkodkan dengan resit , 
    nota dan surat kredit.
f) Epik Gilgamesh menjadi hasil kesusasteraan tertua di dunia.
g) Perkembangan ilmu anstronomi membawa kepada perkembagan matematik dan geometri.
h) Ini membolehkan mereka mengusai jalan laut dan mencipta calendar yg berasaskan system solar.
i) Perkembangan ilmu perubatan membolehkan 500 ubat sikatalogkan dan disampelkan penggunaannya.
j) Penciptaan roda menghasilkan kereta kuda untuk peperangan atau kegunaan kincir air utk mengairi kawasan
    tandus serta mengawal banjir.
k)Penciptaan kapal layarmenguasai jalan laut.
l) Penciptaan batu bata dari tanah liat.
m) mencipta tiang batu dan arca.

1.(ms4) Peranan Raja Mesopotamia
                Raja merupakan pemerintah di bawah Sistem teokrasi. Raja sebagai tuhan atau wakil tuhan dan pemilik Negara kota. Raja sebagai ketua pentadbir, ketua pendeta serta berkuasa dalam hal-hal keagamaan. Raja berkuasa melabtik ahli keluarga diraja untuk memegang jawatan di ziggurat serta menentukan bentuk pentadbiran. Raja berkuasa terhadap tanah, percukaian, hasil pertanian dan perniagaan. Raja tidak disembah sebagai tuhan kecuali semasa pemerintahan Raja Naramsin. Raja dibantu oleh para pegawai yg terdiri drp golongan bangsawan dan kerabat diraja.


1.(ms9) Raja Pemimpin berwibawa.
                Raja diletakkan sebagai individu dipuncak hierarki social dlm susun lapis masyarakat. Raja dianggap sebagai ketua pentadbir, ketua hakim, ketua panglima, ketua paderi dan mempunyai kuasa mutlak.  Tamadun Mesopotamia yg. menggunakan system teokrasi meletakkan raja sebagai ketua agama dan berkuasa melantik ahli keluarganya memegang jawatan penting di ziggurat. Raja Hammurabi memperkenalkan kod Undang-undang Hammurabi utk dijadikan panduan dalam pemerintahan dan kehidupan.
                Raja jg memberikan sumbangan dlm bidang perubatan, pendidikan, ekonomi, pertahanan, perancangan Bandar dan sebagainya. Raja Sargon Berjaya menyatukan seluruh Mesopotamia dan mebentuk konsep empayar yg pertama di dunia. Perkembangan ilmu perubatan semasa pemerintahan kerajaan Assyria mencipta 500 jenis ubatan yang dikatalogkan dan disampelkan penggunaannya.Pembinaan pintu gerbang mencerminkan identity Negara kota dan lambang kemegahan dan mercu tanda sesebuah Negara kota. Pembinaan ini atas arahan raja utk mencantikkan Bandar dan menanamkan rasa taat setia kpd raja.
                Raja berperanan sebagai arkitek dan penasihat dlm system pengairan, saliran dan kawalan banjir. Pembinaan Taman Tergantung Babylon merupakan mercu tanda ketinggian seni bina.


1 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam